Program Pelencongan Sosial Remaja Masa Kini

20 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2021, telah berlangsung Program untuk memperkasakan remaja yang bertajuk Pelencongan Sosial Remaja Masa Kini secara dalam talian iaitu google meet kepada Penduduk Kg Paya Jakas bertujuan untuk memberi pendedahan kepada remaja dan ibu bapa tentang gejala sosial remaja pada masa kini.

Program ini adalah usaha sama dari pelbagai pihak iaitu dari Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg Paya Jakas dan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Puan Junainah Binti Jais selaku penceramah dan juga Penolong Pegawai Kaunselor di LPPKN Johor menerangkan apakah punca-punca masalah yang sering terjadi kepada remaja dan bagaimana solusi kepada masalah tersebut turut dinyatakan agar dapat membuka mata para remaja dan ibu bapa sekali gus dapat membanteras masalah sosial remaja pada masa kini.

Di samping itu juga, Pengurus Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas juga mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas yang dianjurkan oleh Maxis. Dengan adanya eKelas ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital.

Di antara yang terlibat adalah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), ibu bapa, Penduduk Kg Paya Jakas dan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Paya Jakas.

Program ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali