Kursus Latihan Pengendali Makanan Kg Paya Jakas

19 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2021, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kg Paya Jakas, telah berlangsung satu kursus latihan pengendali makanan yang dianjurkan oleh NZ Bunga Venture Trainning & Consultant bertujuan untuk membantu individu yang ingin memohon Lesen Perniagaan, mereka yang mengendalikan makanan, mereka yang ingin memohon Status Halal, mereka yang ingin memohon Tender Kantin. Yang terlibat ialah antara mereka yang Pengusaha , Pemilik / Pekerja / Pelatih Hotel / Resort / Restoran / Kedai Makan / Gerai Makan Kedai Roti / Bakeri / Kek / Kedai Runcit / Pelajar Kulineri Tadika / Taska / Kantin Sekolah / Kilang /Hospital / Berniaga Dirumah

PasarTani / Pasar Malam / Kilang Makanan dan MinumanFood Truck / Peniaga Burger / Peniaga Air / Katering.

Adalah menjadi satu kesalahan anda menjalankan perniagaan tanpa menghadiri kursus ini terlebih dahulu.Jika disabitkan kesalahan denda adalah RM10,000.00 atau penjara 2 tahun."

(Rujuk Akta Makanan 1983 & Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009).

Di samping itu juga, Pengurus Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas juga mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas yang dianjurkan oleh Maxis. Dengan adanya eKelas ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital.

Program ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali