Kelas Website – Pembuatan Blog

6 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Januari 2020, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas, pihak pengurusan telah mengadakan satu kelas Website iaitu cara penghasilan Blog di laman sesawang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu usahawan kecil tempatan menggunakan platform internet dalam mempromosikan perniagaan masing-masing. Dalam kelas ini, 2 orang usahawan muda bernama Mohd Nazri bin Misri dan Firdaus Abqori telah datang untuk mempelajari cara melakukan pembuatan Blog. Pemasaran atas talian merupakan satu cara yang mudah tetapi amat penting dalam mempromosikan perniagaan. Justeru mereka telah mengambil inisiatif yang sama dalam mempromosikan perniagaannya.

Mereka telah belajar cara-cara untuk mendaftar halaman perniagaan di dalam Blog. Beliau juga belajar cara-cara untuk mengingklankan halaman tersebut serta cara untuk mendapat capaian iklan yang tinggi. Pihak pengurusan mengajar cara untuk memasukkan gambar, memilih template blog, cara untuk mengubahsuai font untuk lagi menarik dan cara untuk memasukkan lagu di dalam blog mereka. Kelas berlangsung selama 2 jam bermula dari 10 pagi hingga 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali