Mesyuarat Jawatankuasa Program KOSPEN Daerah Segamat

23 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Julai 2020, bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah Segamat, telah berlangsung satu Mesyuarat Jawatankuasa Program KOSPEN (Komuniti Sihat Pembina Negara) Daerah Segamat yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Segamat bertujuan untuk beberapa perkara iaitu pengenalan dan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit, amalan pemakanan sihat, amalan tidak merokok, hidup yang aktif, pengurusan berat badan, minda sihat, kemudaratan alkohol.

Tujuan program ini adalah memberi latihan melibatkan semua modul untuk memperkasakan sukarelawan KOSPEN bagi memastikan semua objektif pelaksanaan program KOSPEN tercapai. Program ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali