Kelas eCommerce – Online Banking

10 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Januari 2020, Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah membantu seorang peniaga tempatan tentang cara melakukan Online Banking. Pada kali ini, seorang usahawan bernama Nur Seri Arif memohon bantuan daripada Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas untuk belajar cara melakukan Online banking supaya mudah untuk menguruskan perniagaan atas taliannya.

Nur Seri Arif adalah agen jualan produk Mary Kay dan beliau juga menjalankan kelas solekan secara sambilan. Beliau diajar untuk membuat online banking Maybank dan CIMB. Dengan itu, mudah baginya untuk melakukan transaksi di online dan tidak perlu ke mesin ATM untuk menyemak baki akaun banknya. Beliau mengaplikasikan apa yang telah diajar dan semakin mahir dalam melakukan Online Banking. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2 hingga 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali