Kelas ICT – Microsoft Words

6 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2020, bertempat di Pusat Internet Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT dalam bentuk pembelajaran Microsoft Words. Kelas ini merupakan kesinambungan kepada kelas-kelas ICT sebelum ini. Pelajar diajar tentang cara-cara untuk menggunakan ciri-ciri tambahan di dalam Microsoft Words seperti cara memasukkan gambar, jadual, bentuk dan carta. Kelas ini telah dapat membantu mereka menggunakan Microsoft Words dengan lebih mahir dan cekap. Pelajar juga berpeluang untuk bertanya dengan lebih terperinci mengenai perkara yang tidak diketahuinya kerana ingin menambah lebih ilmu untuk kegunaan masa akan datang. Pihak pengurusan juga turut mengajar serba sedikit mengenai shortcut yang boleh digunakan semasa pembuatan Microsoft Words tersebut

Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali