Kelas ICT – Microsoft Words

10 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Februari 2019, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT dalam bentuk pembelajaran Microsoft Word. Kelas ini merupakan kesinambungan kepada kelas-kelas ICT sebelum ini. Para pelajar sekali lagi diberikan satu artikel namun lebih panjang daripada yang sebelumnya. Perincian artikel juga lebih rumit berbanding sebelum ini bertujuan untuk mengingati kembali pelajaran-pelajaran yang telah dilalui. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali