Kursus Latihan Pengendali Makanan Kerjasama NB Food Specialist Center

14 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2019, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kg Paya Jakas, telah berlangsung satu kursus latihan pengendali makanan yang dianjurkan oleh NB Food Specialist Center bertujuan untuk membantu individu yang ingin memohon Lesen Perniagaan, Mereka yang mengendalikan makanan, Mereka yang ingin memohon Status Halal, Mereka yang ingin memohon Tender Kantin. Yang terlibat ialah antara mereka yang Pengusaha , Pemilik / Pekerja / Pelatih Hotel /Resort / Restoran / Kedai Makan /Gerai Makan Kedai Roti / Bakeri / Kek /Kedai Runcit / Pelajar Kulineri Tadika / Taska / Kantin Sekolah / Kilang /Hospital / Berniaga Dirumah.

PasarTani /Pasar Malam /Kilang Makanan dan MinumanFood Truck / Peniaga Burger / Peniaga Air / Katering. Adalah menjadi satu kesalahan anda menjalankan perniagaan tanpa menghadiri kursus ini terlebih dahulu.Jika disabitkan kesalahan denda adalah RM10,000.00 atau penjara 2 tahun." (Rujuk Akta Makanan 1983 & Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009). Kursus ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali