Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)

21 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2018, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah mengadakan program Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk “Hak Dan Tanggungjawab Warga Digital”. Melalui taklimat ini mereka diberi penerangan mengenai apa itu “Hak Dan Tanggungjawab Warga Digital” serta cara-cara untuk mengaplikasikan “Hak Dan Tanggungjawab Warga Digital” ini dalam setiap penggunaan platform digital mereka.

Taklimat ini telah berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam menggunakan apa jua aplikasi atas talian pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali