Kisah Kejayaan
Pelajar Sekolah Menengah Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Kahirul Shahrizan atau dikenali sebagai Shah merupakan pelajar Tingkatan 1 Sek. Men. Kebangsaan Jementah. Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, bapa kepada Khairul Shahrizan telah mendaftarkan beliau sebagai ahli di PI pada tahun 2016 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet mendaftar akaun e-mel dan aplikasi elktronik seperti e-learning. Selain itu, beliau juga turut diajar penggunaan aplikasi Desktop Publishing.
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT selama 2 bulan, beliau kini yakin serta mahir menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Office, Photoshop, AAA Logo dan Paint. Modul Desktop Publishing yang diikutinya, melengkapkan beliau dengan kemahiran untuk menyediakan pelbagai dokumen lain seperti surat dan kerja kursus dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word.
Pelajar Sekolah Rendah Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Nur Ezzaty atau dikenali sebagai Ezzaty merupakan pelajar Tingkatan 1 Sek. Men. Kebangsaan Jementah. Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, ibu kepada Nur Ezzaty telah mendaftarkan beliau sebagai ahli di PI pada tahun 2016 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet mendaftar akaun e-mel dan aplikasi elktronik seperti e-learning. Selain itu, beliau juga turut diajar penggunaan aplikasi Desktop Publishing.
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT selama 2 bulan, beliau kini yakin serta mahir menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Office, Photoshop dan AAA Logo. Modul Desktop Publishing yang diikutinya, melengkapkan beliau dengan kemahiran untuk menyediakan pelbagai dokumen lain seperti surat dan kerja kursus dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word. Ketika ini beliau masih lagi menghadiri kelas yang disediakan oleh pihak PI Kg Paya Jakas.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya,Puan Siti, telah mendaftar sebagai ahli di PI pada tahun 2016 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet, mendaftar akaun e-mel dan aplikasi elektronik.
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT selama tiga bulan, beliau kini yakin untuk memiliki dan menggunakan komputer riba yang dilengkapi dengan akaun internet di rumah bagi memudahkan beliau melaksanakan urus niaga dari rumah. Aplikasi elektronik tersebut banyak membantu beliau memudahkan urusan seharian, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Selain itu, beliau juga turut diajar teknik pemasaran secara online menggunakan aplikasi Facebook Page. Wakil Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kg Paya Jakas telah membantu Puan Siti membuat facebook page dan cara-cara untuk mengemaskini facebook page. Dengan adanya aplikasi ini Puan Siti dapat memasarkan lebih meluas lagi mengenai kedai beliau.
Pelajar Sekolah Rendah Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Nur Risha Binti Khairullah atau dikenali sebagai Risha merupakan pelajar Sek. Keb. Kebangsaan Paya Jakas. Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, ibu kepada Risha telah mendaftarkan beliau sebagai ahli di PI pada tahun 2016 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet mendaftar akaun e-mel dan aplikasi elktronik seperti e-learning. Selain itu, beliau juga turut diajar penggunaan aplikasi Desktop Publishing.
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT selama 2 bulan, beliau kini yakin serta mahir menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Office, Photoshop dan sebgainya. Modul Desktop Publishing yang diikutinya, melengkapkan beliau dengan kemahiran untuk menyediakan pelbagai dokumen lain seperti surat dan kerja kursus dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word. Ketika ini beliau masih lagi menghadiri kelas yang disediakan oleh pihak PI Kg Paya Jakas.
Pelajar Sekolah Menengah Berjaya Dengan Bimbingan ICT Dari PI
Nurul Hafizah Binti Abdul Karim atau dikenali sebagai Hafizah merupakan pelajar Tingkatan 4 Sek. Men. Keb. Jementah. Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, ibu dan bapa kepada Hafizah telah mendaftarkan beliau sebagai ahli di PI Kg. Paya Jakas pada tahun 2017 dan beliau mula menyertai kelas ICT yang diadakan setiap minggu. Melalui kelas tersebut beliau telah mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet mendaftar akaun e-mel dan aplikasi elektronik. Selain itu, beliau juga turut diajar penggunaan aplikasi Desktop Publishing.
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT selama 2 bulan, beliau kini yakin serta mahir menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Office, Photoshop dan sebgainya. Modul Desktop Publishing yang diikutinya, melengkapkan beliau dengan kemahiran untuk menyediakan pelbagai dokumen lain seperti surat dan kerja kursus dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word. Ketika ini beliau masih lagi menghadiri kelas yang disediakan oleh pihak PI Kg Paya Jakas.
Al-Nissdah bt Anuar-Callasista Hijab
Cik Anis telah menetap di Tangkak lebih daripada 20 tahun. Beliau bekerja sebagai pembantu sumber manusia di Melaka dan juga melakukan jualan online secara sambilan sejak daripada tahun 2016 dan merupakan suri rumahtangga sepenuh masa.Beliau bermula dengan menjual tudung dan diikuti dengan pakaian muslimah kini beralih kepada produk kecantikan.
Sebelum penglibatan Cik Anis di PI Kg Paya Jakas beliau telah pun memasarkan produk secara online dan menjual kepada kenalan rapat. Masalah yang timbul adalah Cik Anis kurang bepengetahuan dalam mengiklankan produk dengan baik. Setelah mendapat latihan daripada pihak PI, beliau dapat belajar cara-cara yang betul dalam mengiklankan supaya pelanggan mudah tertarik dengan iklan tersebut.
Julia bt Salamoon-Jamu Gadis
Cik Julia bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai runcit yang terletak di Jementah, Segamat. Beliau telah mengorak langkah untuk menjadi salah seorang usahawan yang berjaya dalam produk kecantikan bermula daripada Januari 2017. Buat masa sekarang beliau hanya fokus pada satu produk sahaja iaitu Jamu Dara 2 dalam 1.
Sebelum penglibatan Cik Julia di PI Kg Paya Jakas beliau hanya menjual kepada kenalan rapat di kampung dan ahli keluarga sahaja. Berkat bantuan daripada penglibatan PI Kg Paya Jakas, Cik Julia kini berjaya memasarkan produk tersebut di laman sosial sehingga ke Brunei. Buat masa sekarang, Cik Julia didedahkan dengan pemasaran online menggunakan Page FB. Selain itu, pihak PI juga membantu melatih dalam menghasilkan logo yang kreatif sebagai medium untuk menarik minat pelanggan.
Puan Amy Izanni bt Rahmat-Imaan Wipes
Sebelum penglibatan Puan Amy di PI Kg Paya Jakas beliau telah pun memasarkan produk secara online dan menjual kepada kenalan rapat. Masalah yang timbul adalah Puan Amy kurang bepengetahuan dalam mengiklankan produk dengan baik. Setelah mendapat latihan daripada pihak PI, beliau dapat belajar cara-cara yang betul dalam mengiklankan supaya pelanggan mudah tertarik dengan iklan tersebut
Pihak PI telah sedikit sebanyak mengajar cara supaya iklan yang dipamerkan tampak menarik minat pelanggan dengan cara menggunakan ayat dan gambar yg menarik. Selain daripada itu pihak PI juga turut dedahkan kepada beliau cara penggunaan perbankan atas talian yang mamou memudahkan urusan beliau.
Al-Hidayah bt Anuar-Callasista Hijab
Pn. Hidayah berasal dari Sagil,Johor. Beliau adalah pengurus bagi Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kg Paya Jakas. Sebelum bekerja di PI lagi beliau telah aktif dalam perniagaan secara online dan offline. Antaranya adalah memberi khidmat solekan dan berniaga secara online produk tudung dan pakaian.
Sebelum penggunaan ICT, Pn. Hidayah mempunyai masalah untuk memasarkan dan mengiklankan produk kerana tiada komputer dan liputan internet di kawasan rumahnya adalah terhad. Pn. Hidayah juga mengalami masalah bagaimana untuk menarik perhatian masyarakat terhadap kerana jiran jiran di kampung kebanyakannya tiada akaun facebook dan instgram.
Setelah beberapa bulan bekerja di PI, dengan adanya segala alatan dan internet yang pantas, kini Pn Hidayah lebih mudah untuk mengenalkan barangan yang di jualnya di facebook dan Instagram. Selain daripada membantu orang lain untuk menceburi bidang usahawan di PI, beliau turut menggunakan kelebihan ini untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau.
En Nor Zainul Ariffin-Laserwork Creations
En Zainul berasal dari Segamat Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sbpi Rawang dan melanjutkan pengajian ke UIA. En Zainul memulakan kerjaya beliau sebagai seorang arkitek di sebuah firma arkitek di Kuala Lumpur. Beliau menganbil Keputusan untuk berhenti kerja pada tahun 2016 dan memulakan perniagaan laser ukiran. Sebelum pengguanan ICT, beliau terdapat masalah untuk memasarkan dan mengiklankan produk dan perkhidmatan.
Selepas menggunakan ICT, beliau dapat belajar sedikit ilmu cara-cara untuk mengiklankan perniagaan milik beliau.Beliau juga belajar cara teknik pemasaran yang betul dengan menetapkan pelanggan sasaran untuk perkhidmatan yang beliau berikan. En Zainul menggunakan tenaga pengajar PI untuk dapatkan teknik pemasaran yang baik dan boleh membantu mengembangkan lagi perniagaan beliau.
PI telah banyak memberi khidmat nasihat kepada beliau tentang cara pemasaran,pengiklanan dan target pemasaran kepada pengguna/pelanggan yang betul supaya pengguna /pelanggan dapat menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh beliau. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah untuk membuat ukiran nama dan membina model seperti rumah dan bangunan.Antara mereka yang telah mengguanakan perkhidmatan beliau adalah Vivi Yusof seorang usahawan tudung dan kosmetik yang popular.
Nur Auni Safea bt Nasri
Adik Auni merupakan pelajar tahun 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas. Sebelum adik Auni mengikuti kelas yang dianjurakn di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia, adik Auni kurang mahir menggunakan aplikasi komputer dan tidak mengetahui fungsi dan kegunaan komputer dengan sepenuhnya. Adik Auni telah mengikuti beberapa kelas yang telah dianjurkan oleh PI Kg Paya Jakas. Antara kelas yang telah dihadiri olehnya adalah kelas asas komputer, kelas asas Microsoft Word, kelas asas Microsoft Powerpoint dan kelas asas multimedia iaitu kelas asas photoshop. Didalam kelas ini, adik Auni telah dibimbing dan diajar mengenai komputer dan cara-cara menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam komputer dengan betul.
Selain itu, adik Auni juga telah didedahkan mengenai program Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu program Advokasi anjuran MCMC. Didalam kelas advokasi ini, adik Auni didedahkan tentang tatacara pengunaan ICT yang betul, etika-etikan pengunaan internet dan media social dan juga langkah-langkah keselamatan didalam menggunakan internet dan peralatan ICT yang lain. Alhamdulillah, kini beliau lebih memahami cara-cara menggunakan aplikasi tersebut dengan betul dan mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari untuk membuat kerja sekolah dan juga sebagai persediaan untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu ICT yang akan digunakan kelak.
Sakinah binti Hanapiah
Adik Sakinah merupakan salah seorang pelajar tingkatan 1 di SMK Jementah. Beliau tinggal di Kg Paya Jakas yang mana begitu hampir dengan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kg Paya Jakas. Beliau adalah antara orang yang pertama menjadi ahli di PI sejak PI dibuka pada tahun 2016. Adik Sakinah telah menjadi ahli PI Kg. Paya jakas bermula pada Oktober 2016. Beliau telah mengahdiri kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PI Kg. Paya Jakas.
Bagi meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer, adik Sakinah kerap kali hadir ke PI Kg. Paya Jakas untuk menggunakan perkhidmatan PI. Beliau juga mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari untuk membuat kerja sekolah serta menggunakan perkhidmatan PI sebagai pusat mencari maklumat atau berita terkini yang berkaitan dengan kerja sekolah beliau. Selain itu, adik Sakinah juga aktif dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh PI Kg. Paya Jakas seperti kuiz, hari terbuka PI dan lain-lain.
Puan Kamilah Bt Abd Majid
Puan Kamilah merupakan seorang guru tadika KEMAS di Kg Paya Jakas bersebelahan dengan PI Paya Jakas. Beliau telah mengajar lebih daripada 20 tahun. Beliau mengambil kesempatan yang baik bila PI di buka. Pn Kamilah yang berniaga Nasi Ambeng secara sambilan memohon bantuan pihak PI untuk bantu beliau dalam pembuatan iklan dan video yang menarik untuk melariskan perniagaannya.
Pihak PI telah membantu beliau dalam menghasilkan video dan iklan yang menarik untuk beliau iklankan di facebook. Hasil daripada bantuan PI, jualan turut bertambah dan nasi ambeng Cikgu Milah makin terkenal di kawasan Jementah. Puan kamilah menghargai usaha yang dilakukan pihak PIdalam membantu beliau untuk kembangkan pernigaan walaupun di buat secara sambilan.
Nur Hidayah bt Othman
Adik Hidayah merupakan pelajar tingkatan 5 yang bersekolah di SMK Gemereh. Sebelum mengikuti kelas yang dianjurkan di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia, adik Hidayah kurang mahir menggunakan aplikasi komputer dan tidak mengetahui fungsi dan kegunaan komputer dengan sepenuhnya.Kehadiran beliau pada mulanya hanyalah untuk mendapatkan bantuan petugas PI dalam menyiapkan kerja kursus menggunakan komputer di berikan oleh gurunya di sekolah.Petugas PI telah menawarkan kelas latihan secara percuma kepada Hidayah dalam membantu beliau menggunakan komputer bagi menyiapkan kerja-kerja yabg di berikan oleh gurunya.
Kini beliau boleh menggunakan perisian Ms Word dengan baik dan turut mengajak rakan yang lain untuk menghadiri kelas komputer di PI. Hidayah telah menjadi ahli PI Kg. Paya jakas bermula pada tahun 2017. Beliau telah mengahdiri kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PI Kg. Paya Jakas. Bagi meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer. Beliau juga mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari untuk membuat kerja sekolah serta menggunakan perkhidmatan PI sebagai pusat mencari maklumat atau berita terkini yang berkaitan dengan kerja sekolah beliau.
Nurul Fasihah bt Samuji
Adik Fasihah merupakan pelajar tingkatan 3 yang bersekolah di SMK Gemereh. Sebelum adik Fasihah mengikuti kelas yang dianjurakn di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia, beliau kurang mahir menggunakan aplikasi komputer dan tidak mengetahui fungsi dan kegunaan komputer dengan sepenuhnya.Kehadiran beliau ke PI pada mulanya adalah hasil desakan pak ciknya yang mahu beliau menguasi penggunaan komputer sambal mengisi masa lapang pada waktu cuti. Pihak PI menyambut baik kedatangan adik Fasihah dan menawarkan kelas latihan secara percuma kepada beliau.
Alhamdulillah, kini beliau lebih mahir sedikit sebanyak cara-cara menggunakan aplikasi komputer dengan betul dan mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari untuk membuat kerja sekolah dan juga sebagai persediaan untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu ICT yang akan digunakan kelak. Adik Fasihah yelah menggunakan kelas latihan yang ditawarkan dengan begitu efektif. Beliau adalah seorang pelajar yang cepat belajar. Selain daripada itu, pihak PI turut memberi pendedahan tentang kewaspadaan menggunakan internet iaitu Klik Dengan Bijak.Ini adalah program yang telah di promosikan olek SKMM bagi membanteras penyalahgunaan internet.