Kelas Perbankan Online

9 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mei 2024, Pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Paya Jakas telah mengadakan Kelas Perbankan Online selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pada kali ini,pihak staf NADI telah memberi tunjuk ajar kepada Puan Sunarti, salah seorang penduduk Kampung Paya Jakas yang ingin mendaftar BSN Online Banking memandangkan beliau tidak berjaya membuat perbankan online sebelum ini.

Selepas mendaftar, staf telah menunjukkan kegunaan dan fungsi yang terdapat pada BSN Online seperti JomPay, transaksi, dan cara-cara keluar masuk duit secara online bagi memudahkan kegunaan dan semakan pada masa depan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali