Kelas Perniagaan_Taklimat SSM Biztrust: Digitalisasi Pemangkin Perniagaan

22 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

21 Februari 2024, Program SSM Biztrust Februari 2024 telah kembali diadakan pada 21 Februari 2024 bersamaan hari isnin bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30pagi. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta yang melibatkan petugas dan usahawan dari PEDi. Program pada kali ini bukan sahaja melibatkan PEDi akan tetapi melibatkan pihak SSM, FAMA AGROBAZAAR, PERNAS. Berteraskan kepada taklimat mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ini, rakan strategik yang lain turut sama menghebahkan tentang skim yang tertakluk di bawah agensi masing-masing.

Di samping penerangan yang diberikan, program turut diselang selikan dengan permainan kahoot terhadap para peserta selain sesi soal jawab yang diadakan. Program bulanan ini bukan sahaja membantu para usahawan untuk mendaftarkan lesen perniagaan mereka di SSM akan tetapi mengetahui akan pembiayaan yang disediakan oleh rakan strategik yang lain.

Program yang dijalankan secara dalam talian menggunakan Microsoft Teams ini berakhir pada jam 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali