Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM

15 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan kampung yang tinggal di Paya Jakas untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM miliknya. Beliau ialah Encik Farizul yang menjalankan perniagaan menjual kerepek secara kecil-kecilan. Beliau telah menghubungi Pengurus PEDi dalam usahanya untuk mendapatkan lesen perniagaan SSM dengan lebih cepat dan mudah. Oleh yang demikian, beliau telah diterangkan mengenai pendaftaran secara dalam talian sahaja menggunakan portal Ezbiz yang tertakluk di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran dilakukan dengan Encik Farizul perlu mengemukakan dokumen butiran peribadi seperti kad pengenalan, surat beranak, nama emel sehingga ke peringkat janji temu.

Setelah selesai menjalani janji temu, Encik Farizul perlu memberikan nama perniagaan, alamat perniagaan, jenis perniagaan sehingga ke peringkat pembayaran. Nama perniagaan beliau akhirnya telah didaftarkan dengan nama Perniagaan Kerepek Farizul. Proses pendaftaran telah dimulakan pada 13 Januari dan berakhir pada 15 Januari 2024 dan hanya memakan masa selama lebih kurang dua hari sahaja. Selain dapat menjimatkan masa dan kos, pendaftaran secara dalam talian ini membolehkan Encik Farizul dapat mengenali PEDi secara lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali