Permohonan Mengulangi Kertas SPM Di Laman Sesawang

16 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2023, bertempat di PEDi Paya Jakas, telah didatangi seorang lepasan SPM pada tahun 2022 yang ingin membuat permohonan mengulangi menjawap kertas peperiksaan SPM, dimana beliau telah gagal dalam subjek sejarah dan tidak layak mendapat sijil, justeru itu beliau berhasrat untuk mengulangi kertas peperiksaan tersebut dalam masa terdekat. Adik Zulaikha meminta penolong pengurus untuk membuat permohonan di laman sesawang sppat2.moe.gov.my,

mengisi segala butiran yang diperlukan dan mendaftar, tarikh luput untuk permohonan tersebut ialah pada 16 Jun 2023. Setelah itu, dikehendaki untuk membuat pembayaran terus secara online berjumlah RM31.00 dan pendaftaran telah berjaya. Beliau mendaftar untuk 1 subjek sahaja dan mendapat arahan untuk menjawap kertas peperiksaan tersebut pada bulan September 2023 di sekolah yang telah dipilih di kawasan Segamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali