Kelas Membuat Surat Rasmi Berhenti Kerja

15 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Paya Jakas telah membantu seorang pengguna untuk membuat surat rasmi mengenai tujuannya ingin menghantar surat berhenti kerja notis 24 jam. Beliau telah hadir ke PEDi untuk sepenuhnya dibantu oleh pengurus PEDi kerana kurang arif mengenai format penulisan surat rasmi. Beliau merupakan seorang barista pengeluaran yang bekerja di Tealive Jementah. Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah mengajarkan langkah demi langkah mengenai cara membuat surat berhenti kerja menggunakan format yang betul. Pembelajaran berlangsung secara santai sahaja dan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Sesi ini berlangsung pada kali ini jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Kelas ini diadakan bagi membolehkan beliau menyediakan format penulisan yang betul ketika membuat sebarang surat rasmi bukan sahaja bertujuan ingin berhenti bekerja bahkan bagi permohonan yang lain sekiranya bersesuaian. Pengurus PEDi juga sempat menerangkan kepada beliau ketika sesi pembelajaran dijalankan mengenai Pakej Peranti yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali