Klik Dengan Bijak Talk: Jangan Jadi Mangsa Scam!

4 April 2023 | Aktiviti Terkini

Klik Dengan Bijak di Negeri Johor. Pejabat MCMC Negeri Johor telah menerima jemputan dari Pejabat Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Johor untuk menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak berkaitan jenayah penipuan dalam talian bersempena Program Advokasi Literasi Kewangan: "Jangan Jadi Mangsa Scam!". Taklimat ini diadakan pada 3 April 2023 secara atas talian melalui Facebook Live.

Seramai 80 penonton telah menyertai program bicara Facebook Live ini. Taklimat Klik Dengan Bijak telah disampaikan oleh Encik Fahrulrazi Hashim dari MCMC Pejabat Negeri Johor. Semoga para penonton mengambil manfaat daripada ilmu yang telah dikongsikan dan sama-sama mempraktiskan demi menjaga keselamatan keluarga daripada jenayah penipuan kewangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali