PUJB@BIZ Talk: Peluang pembiayaan menerusi agensi TEKUN Nasional

6 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi Paya Jakas telah mendengar satu taklimat mengenai peluang pembiayaan menerusi agensi Tekun Nasional. Taklimat ini berlangsung pada 5 April 2023 melalui Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) FB Live. Oleh yang demikian, pengurus PEDi hanya sempat untuk mengikuti siaran ulangan sahaja yang dipaparkan demi memperolehi input yang berguna khususnya buat para usahawan di PEDi.

Sesi bual bicara yang berlangsung hampir satu jam lebih ini difokuskan mengenai TEKUN membantu kelansungan perniagaan usahawan mikro. Antara perniagaan yang disokong oleh tekun adalah pembuatan, kontraktor kecil, pertanian perikanan IAT dan penternakan, perkhidmatan, peruncitan pemborong pemasaran dan pengedaran. Banyak perkara yang ditawarkan oleh TEKUN untuk usahawan yang ingin memulakan perniagaan dan meminjam wang dari tekun untuk menjayai perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali