Jualan RAHMAH PEDi Paya Jakas
27 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 26 Julai 2023, bertempat di Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ) Paya Jakas, telah berlangsung Jualan RAHMAH dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup bertujuan untuk membantu rakyat tempatan membeli barangan keperluan dengan harga yang berpatutan. Disamping itu juga, dengan adanya Jualan RAHMAH ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penduduk kampung. Di antara yang terlibat adalah PEDi Paya Jakas dan penduduk di sekitar Kampung Paya Jakas.
Jualan RAHMAH ini berlangsung selama 4 jam bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: