Pengurusan Program KPI Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Negeri Johor.
18 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 dan 17 Mei 2022, bertempat di Hotel Trove Johor bahru, telah berlangsung pengurusan program KPI PEDi Negeri Johor. Penolong Pengurus turut hadir dalam program tersebut dalam mendengar taklimat mengenai KPI dan cara membuat majlis perasmian PEDi. Program yang berlangsung selama dua hari itu banyak memberi tunjuk ajar kepada para pekerja serta menekankan cara untuk menambahbaikkan lagi KPI yang dicapai pada setiap bulan. Banyak kata-kata yang bermanfaat dapat dipraktikkan. Puan Nurzie Ibrahim juga turut menasihati para pekerja untuk lebih bersemangat dalam menjalankan tugas. Lebih banyak lagi aktiviti menarik yang akan dijalankan pada tahun ini atas arahan MCMC. Pihak MCMC Johor yang menguruskan program ini amat berbesar hati kepada mereka yang telah bekerja lama. Majlis berlangsung selama 2 hari di Hotel Trove.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: