Membuat Kerja Sekolah Dan Melakukan Perbincangan Bersama Rakan Sekelas

20 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Paya Jakas telah mengajarkan 4 orang pelajar Sekolah Rendah untuk menggunakan Microsoft Words bertujuan untuk pembelajaran dari masa ke semasa selama 3 jam. Mereka meminta tunjuk ajar dengan lebih teliti mengenai Microsoft Words untuk menghasilkan kerja sekolah yang diberi oleh guru mereka. Penolong pengurus telah membantu dalam menghasilkan penulisan yang baik di dalam Microsoft Words, cara untuk mengemaskan dan menghasilkan kerja sekolah yang lengkap.

Mereka ingin menggabungkan sekali dengan beberapa gambar, maka dengan itu, staff PEDi mengajar dalam menyusun atur gambar tersebut. Seterusnya, mereka diuji oleh Penolong pengurus adakah mereka faham cara menggunakannya atau tidak dan hasilnya sangat memberangsangkan. Mereka juga menggunakan kemudahan fasiliti di dalam PEDi iaitu internet percuma, komputer untuk menyiapkan kerja sekolah mereka, dan alat pencetak untuk mencetak kerja sekolah mereka. Temu janji tersebut berlangsung selama 3 jam, bermula 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali