Gotong-royong bersama pelajar dari Institute of Leadership and Excellence

8 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2022, bertempat di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas, telah berlangsung Hari gotong-royong bersama pelajar dari Institute of Leadership and Excellent bertempat di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan mengemas tempat yang telah lama terbiar serta untuk bergiat aktif di dalam aktiviti dan program yang di anjurkan oleh pihak sekolah.

Disamping itu juga, Pengurus PEDi Paya Jakas juga mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas yang dianjurkan oleh Maxis. Dengan adanya eKelas ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital. Di antara yang terlibat adalah pelajar sekolah, guru-guru, ibu bapa dan PEDi Paya Jakas. Gotong-royong ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali