Sesi Taklimat Pendaftaran Perniagaan kepada Usahawan (SHOPEE)
10 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 September 2022, Shopee akan menganjurkan sesi taklimat Pendaftaran Perniagaan peringkat nasional sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) setiap bulan bermula Julai 2022 dengan kerjasama bersama pihak SKMM. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan pendaftaran perniagaan serta turut menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara PERCUMA kepada kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara termasuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif ini. Sehubungan dengan itu, SSM menjemput semua usahawan setempat di Pusat Digital Ekonomi (PEDi) di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak untuk menyertai sesi taklimat ini. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula 9 pagi sehingga 11 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: