Program Kebangkitan Ekonomi Anak Muda Ledang

19 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2022, telah berlangsung Program Kebangkitan Ekonomi Anak Muda Ledang. Program ini dijalankan di bawah anjuran Universiti Utara Malaysia, dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Paya Jakas. Program ini dijalankan di Dewan Serbaguna Putra Padang Lerek dan terbuka kepada semua usahawan tempatan. Para peserta mendaftar untuk program ini bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang dunia usahawan. Disamping itu juga, para peserta diajar mengenai strategi pemasaran produk secara online dan strategi bagi mengekalkan perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Program ini turut dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk IR Dr. Haji Hamim Bin Haji Samuri, wakil rakyat. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali