Cara Menggunakan Aplikasi Shopee Untuk Pembelajaran

23 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Paya Jakas telah mengajarkan 3 orang pelajar lepasan SPM untuk menggunakan aplikasi Shopee bertujuan untuk pembelajaran dari masa ke semasa selama 3 jam. Mereka meminta tunjuk ajar dengan lebih teliti mengenai Shopee.

Penolong pengurus telah membantu dalam pembelian di Shopee, cara untuk membuat carian yang tepat, memilih produk yang lebih dipercayai dan lebih murah berbanding penjual yang lain di Shopee.

Seterusnya, mereka diuji oleh Penolong pengurus adakah mereka faham cara menggunakannya atau tidak dan hasilnya sangat memberangsangkan.

Temu janji tersebut berlangsung selama 3 jam, bermula 11.00 pagi hingga 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali