Program Membayar Zakat Online Di Emaij

19 April 2022 | Aktiviti Terkini

Sepanjang 18 April 2022 hingga 30 April 2022, bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Paya Jakas, telah diadakan program membayar zakat online di eMaij.

Kakitangan PEDi Paya Jakas telah mengambil inisiatif sempena kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan menawarkan bantuan kepada mana-mana penduduk setempat yang ingin membayar zakat fitrah secara atas talian. Bantuan ini dianjurkan sepanjang bulan Ramadan sahaja. Meskipun negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik, pembayaran zakat fitrah secara atas talian masih digalakkan meskipun setiap mukim telah ada amil bertauliah yang dilantik. Oleh yang demikian, sepanjang 18 April 2022 hingga 30 April 2022, Pengurus & Penolong Pengurus PEDi telah membantu beberapa penduduk setempat dalam membayar zakat di portal eMaij.

Mereka telah datang ke PEDi Paya Jakas secara bersemuka dan memilih untuk membayar zakat fitrah secara atas talian sahaja. Hal ini demikian kerana, ketiga-tiga mereka bekerja dan mengalami kesukaran untuk berjumpa dengan amil yang dilantik. Pengurus & Penolong Pengurus PEDi telah membantu mereka dengan membayarkan zakat dengan daftar masuk ke portal Majlis Agama Islam Johor. Kaedah pembayaran secara atas talian ini bukan sahaja memudahkan akan tetapi menjimatkan masa pengguna khususnya yang bekerja. Zakat fitrah di negeri Johor pada tahun 2022 adalah pada kadar RM 7.00 dan RM 10.00 untuk seorang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali