Kelas ICT – Microsoft Excel
16 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2021, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT dalam bentuk pembelajaran Microsoft Excel. Kelas ini merupakan kesinambungan kepada kelas-kelas ICT sebelum ini. Pelajar diajar tentang cara-cara untuk menggunakan ciri-ciri tambahan di dalam Microsoft Excel seperti cara memasukkan gambar, jadual, bentuk dan carta.
Kelas ini telah dapat membantu mereka menggunakan Microsoft Excel dengan lebih mahir dan cekap. Pelajar juga berpeluang untuk bertanya dengan lebih terperinci mengenai perkara yang tidak diketahuinya kerana ingin menambah lebih ilmu untuk kegunaan masa akan datang. Pihak pengurusan juga turut mengajar serba sedikit mengenai shortcut yang boleh digunakan semasa pembuatan Microsoft Excel tersebut. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: