Mesyuarat Agung TABIKA KEMAS Kg Paya Jakas

2 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Januari 2021, bertempat di TABIKA KEMAS Kg Paya Jakas, telah berlangsung satu Mesyuarat Agung yang dianjurkan oleh TABIKA KEMAS Kg Paya Jakas bertujuan untuk beberapa perkara iaitu memberi penerangan Standard of Operation (SOP) kepada ibu bapa mengenai tatacara anak-anak sebelum, semasa dan selepas ke TABIKA.

Di samping itu juga, guru TABIKA menjelaskan tentang bayaran yuran dan persekolahan anak-anak. Selain daripada itu, guru dan ibu bapa dapat bersuai kenal sebelum sesi persekolahan bermula. Mesyuarat ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali