Program Sumbangan Makanan Kepada Penduduk Kg Paya Jakas
15 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2021, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg Paya Jakas telah berlangsung Program Sumbangan Makanan Kepada Penduduk Kg Paya Jakas bertujuan untuk membantu penduduk kampung yang kurang berkemampuan dengan memberikan sumbangan berbentuk makanan.
Program ini adalah usaha sama dari pelbagai pihak iaitu dari Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg Paya Jakas, Pertubuhan Insan Sayang Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Nurhati Syifa Segamat.
Datuk Syafiq Bin Haji Rafi selaku Presiden Pertubuhan Insan Sayang Malaysia memberikan penerangan tentang beberapa agenda yang Pertubuhannya lakukan, antaranya adalah misi melahirkan usahawan dari golongan B40 bagi Program Membangun Ekonomi Dan Pendapatan Masyarakat dari segi keusahawanan dan pendidikan.
Manakala, Puan Hafizah Binti Kahar selaku Presiden Pertubuhan Kebajikan Nurhati Syifa Segamat pula memberikan sumbangan berbentuk makanan kering kepada Penduduk Kampung Paya Jakas.
Di samping itu juga, Pengurus Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas juga mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas yang dianjurkan oleh Maxis. Dengan adanya eKelas ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital.
Di antara yang terlibat adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ibu bapa, Penduduk Kg Paya Jakas dan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Paya Jakas.
Program ini berlangsung selama 8 jam bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: