Program Sumbangan Makanan Kepada Penduduk Kg Paya Jakas

21 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Disember 2021, bertempat di Dewan Jementah telah berlangsung Program Sumbangan Makanan Kepada Penduduk Kg Paya Jakas bertujuan untuk membantu penduduk kampung yang kurang berkemampuan dengan memberikan sumbangan berbentuk makanan.

Program ini adalah usaha sama dari pelbagai pihak iaitu dari Pusat Internet Komuniti Kg Paya Jakas dan Ahli Majlis Daerah Segamat Cawangan Jementah.

Puan Hajah Ummi Hajar selaku Ahli Jawatankuasa Ahli Majlis Daerah Segamat memberikan sumbangan berbentuk makanan kering kepada Penduduk Kampung Paya Jakas.

Di samping itu juga, Pengurus Pusat Internet Paya Jakas juga mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas yang dianjurkan oleh Maxis. Dengan adanya eKelas ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital.

Di antara yang terlibat adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ibu bapa, Penduduk Kg Paya Jakas dan Pusat Internet Komuniti Paya Jakas.

Program ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali