Kelas Website – Pengenalan Sosial Media

4 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Oktober 2020, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas, pihak pengurusan telah mengadakan satu kelas Website iaitu pengenalan kepada sosial media. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar lebih mengenali fungsi dan kegunaan laman sosial sebagai satu platfom untuk menyebarkan maklumat yang benar dan mempromosikan barang niaga kelak. Dalam kelas ini, 11 orang telah hadir dan membincangkan mengenai maklumat yang boleh diperolehi melalui media sosial, cara untuk membuat dan mengurus sesuatu akaun media sosial dan cara kegunaan yang betul supaya tidak menyebarkan berita palsu.

Mereka telah belajar cara-cara untuk mendaftar halaman perniagaan di dalam media sosial. Beliau juga belajar cara-cara untuk mengingklankan halaman tersebut serta cara untuk mendapat capaian iklan yang tinggi. Pihak pengurusan mengajar cara untuk memasukkan gambar, memilih template media sosial, cara memuatnaik video, membuat hashtag bertujuan lebih mudah dikenali dan cara untuk menarik minat pembeli untuk membeli produk mereka kelak. Kelas berlangsung selama 3 jam bermula dari 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali