Kelas E-Learning - Pembelajaran Dalam Permainan
8 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2020, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah menerima kunjungan daripada sekumpulan pelajar sekolah. Pengurus Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas mengajar mereka cara-cara untuk bermain permainan secara dalam talian iaitu permainan menyusun gambar “jigsaw puzzle”.
Tujuan pembelajaran ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap tumpuan pelajar – pelajar sekolah ini dan sekali gus akan meningkatkan daya kreativiti para pelajar. Pembelajaran ini telah berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3 hingga 5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: