Pembuatan dan pengagihan bubur lambuk kerjasama Pusat Ekonomi Digital Kg Paya Jakas
3 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 2 Ogos 2020, bertempat di luar kawasan Pusat Ekonomi Digital Kg Paya Jakas, telah berlangsung pembuatan dan pengagihan bubur lambuk kepada penduduk setempat bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim dengan penduduk setempat serta bertujuan untuk menerangkan fungsi Pusat Ekonomi Digital kepada penduduk setempat. Pengurus dan penolong pengurus turut bersama-sama menyempurnakan program tersebut dan dapat menambah beberapa orang ahli sepanjang program itu berlangsung.
Disamping itu juga, Pengurus Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas juga menghebahkan dan mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas yang dianjurkan oleh Maxis. Dengan adanya eKelas ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital. Di antara yang terlibat adalah penduduk setempat dan ketua kampung. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: