eKelas – Sesi Orientasi bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 3
27 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniKelas tambahan eKelas anjuran Maxis dimulakan dengan sesi orientasi mengikut setiap peringkat umur. Kelas kali ini dijalankan untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 3. Para pelajar diajar dengan terperinci tentang cara penggunaan portal eKelas seperti cara pendaftaran, cara membuat kumpulan, cara mencari nota dan latihan serta pelbagai lagi fungsi yang terdapat di dalam portal tersebut. Kelas ini berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 11.00 pagi hingga jam 4.00 petang disertai satu jam rehat pada 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: