Kelas ICT – Microsoft Words
9 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 Februari 2019, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas, kelas Microsoft Word dijalankan seperti biasa. Pada kali ini para pelajar diajar tentang cara-cara melakukan copy and paste daripada laman web. Para pelajar diminta untuk mencari satu artikel berkaitan ICT dan mereka perlu menyalin artikel tersebut dengan cara copy and paste.
Seterusnya pelajar diminta untuk menggantikan beberapa patah perkataan dengan perkataan lain yangmempunyai maksud yang sama. Akhir sekali pelajar diajar cara melakukan citation untuk artikel yang mereka salin. Hal ini penting untuk mengelakkan budaya plagiarism. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula 3.00 petang pagi hingga 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: