Bengkel Latihan Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital Kluster Segamat 2019

10 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Januari 2019, satu sesi Bengkel Latihan Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital Kluster Segamat 2019 telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Felda Medoi. Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada satu bengkel kendalian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah diadakan pada November 2018 dan dihadiri oleh dua orang wakil daripada setiap kluster dalam negeri Johor.

Justeru, sesi ini bertujuan untuk menyampaikan skim pembangunan tersebut kepada Pengurus dan Penolong Pengurus yang selebihnya di dalam kluster Segamat. Sesi latihan ini berlangsung selama 4 jam bermula 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali