Kelas ICT – Microsoft PowerPoint
16 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2019, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas, satu lagi sesi pembelajaran Microsoft PowerPoint telah diadakan. Kelas ini memfokuskan kepada cara-cara memasukkan graf dan carta ke dalam slide PowerPoint. Pelajar ditunjukkan dengan pelbagai jenis graf dan carta serta cara-cara penggunaannya. Butiran maklumat juga ditambah dengan sambungan daripada kelas sebelumnya. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: