Kelas ICT – Microsoft Office
3 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 2 Disember 2019, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT dalam bentuk pembelajaran Microsoft Office. Kelas ini merupakan kesinambungan kepada kelas-kelas ICT sebelum ini. Para pelajar diajar tentang cara-cara untuk menggunakan ciri-ciri tambahan di dalam Microsoft Office seperti cara memasukkan gambar, jadual, bentuk dan carta. Kelas ini telah dapat membantu mereka menggunakan Micorosoft Office dengan lebih mahir dan cekap. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: