Kelas Keusahawanan – Poster Pengiklanan
22 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mac 2019, pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Paya Jakas telah membantu seorang usahawan kecil tentang cara-cara menghasilkan poster pengiklanan. Muhammad Yushah, pengusaha servis pembersihan dan cucian BoyCuci ingin belajar cara-cara untuk menghasilkan poster pengiklanan yang lebih menarik. Beliau telah diajar tentang cara-cara menghasilkan poster dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula 3.00 petang hingga 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: