Taklimat Klik Dengan Bijak – Buli Siber

23 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Julai 2018, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah mengadakan Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB). Pada kali ini, taklimat dijalankan dengan memfokuskan kepada tajuk “Buli Siber”. Penggunaan media sosial yang meluas pada masa kini amat memudahkan perhubungan sejagat tidak kira masa dan di mana jua. Namun dalam masa yang sama buli di alam maya juga mudah berlaku terutamanya kepada pengguna tegar media sosial.

Justeru taklimat ini disampaikan untuk memberi peringatan kepada pengunjung supaya berwaspada dengan buli siber. Taklimat ini telah berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3.30 petang hingga 5.30 petang dan dihadiri seramai 8 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali