Kelas ICT – Microsoft Words
10 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 9 Disember 2018, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT dalam bentuk pembelajaran Microsoft Word. Kelas ini merupakan kesinambungan kepada kelas-kelas ICT sebelum ini. Para pelajar diajar tentang cara-cara untuk menggunakan ciri-ciri tambahan di dalam Microsoft Words seperti cara memasukkan gambar, jadual, bentuk dan carta. Kelas ini telah dapat membantu mereka menggunakan Micorosoft Words dengan lebih mahir dan cekap. Kelas ditamatkan dengan sedikit tayangan video Klik Dengan Bijak bertajuk Berkongsi Secara Berlebihan. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 11.00 pagi hingga 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: