Kelas ICT – Menulis Surat Rasmi
18 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Disember 2018, Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah dikunjungi oleh Ketua Kampung baru, iaitu Haji Khairuddin bin Haji Sagap. Tujuan beliau datang ke Pusat Ekonomi Digital adalah untuk meminta tunjuk ajar dalam menyediakan surat rasmi. Pengurusan Pusat Ekonomi Digital membantu beliau dengan mengajar beliau cara menggunakan Microsoft Word 2016 serta cara menulis surat rasmi. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 11.00 pagi hingga 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: