Program Taklimat eKelas – Maxis (Pendidikan Secara Digital)
23 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2017 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kg. Paya Jakas telah berlangsung Program Taklimat eKelas Maxis iaitu mengenai Pendidikan Secara Digital kepada komuniti setempat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka, terutamanya dikawasan luar bandar. Program ini adalah program pendidikan secara digital baru dari Maxis.
Ia adalah satu inisiatif lepas sekolah yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka, terutamanya dari kawasan luar bandar Malaysia. Program ini dilakukan melalui kandungan digital yang amat interaktif selaras dengan Sukatan Pelajaran Sekolah Malaysia, dengan mwujudkan persekitaran e-pembelajaran gabungan yang menarik dan menyeronokan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: