Kelas Microsoft Word (Mind Mapping)
20 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2017 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Kg. Paya Jakas telah berlangsung Kelas Microsoft Word (Mind Mapping) dikalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 12 tengahhari hingga 2 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti membuat nota ringkas atau mind mapping menggunakan aplikasi Microsoft Word.
Menerusi aktiviti ini, mereka juga turut didedahkan mengenai program Klik Dengan Bijak (KDB) bagi mempromosikan inisiatif kerajaan tentang Hak & Tanggungjawap Warga Digital (Jenayah Siber) di kalangan masyarakat. Oleh yang demikian pelajar dikehendaki membuat peta minda menggunakan Microsoft Word berdasarkan apa yang pihak PI KG. PAYA JAKAS telah berikan. Selain itu dengan adanya latihan ini dapat membantu perserta lebih cekap dalam menaip dan mahir dalam menggunakan Mincrosoft Word serta menambah pengetahuan mereka mengenai Jenayah Siber yang sering berlaku masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: