Bengkel Asas Multimedia (Membuat Logo)
12 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2017 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Kg. Paya Jakas telah berlangsung Kelas Pengenalan Perisian AAA Logo dengan dihadiri seramai 5 orang perserta. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti untuk mempelajari bagaimana membuat logo menggunakan perisian AAA logo software. Selain itu, ia juga bertujuan melatih komuniti untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif serta menambah pengetahuan mereka dalam ICT.
Menerusi aktiviti ini, para perserta dapat mempelajari cara bagaimana untuk membuat logo dan pemilihan bentuk-bentuk serta warna yang sesuai untuk dijadikan logo. Peserta diberikan peluang untuk membuat logo mereka sendiri. Selain itu dengan adanya bengkel ini dapat membantu perserta lebih celik IT dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: