Kelas Microsoft Word Bahagian 2
14 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas Microsoft Word Bahagian 2 diteruskan lagi bagi minggu yang kedua pada Jumaat, 13 Januari 2017. Jika pada minggu lepas perserta didedahkan dengan fungsi perisian Microsoft Word, kali ini mereka mempelajari tentang bagaimana untuk memasukan imej ke dalam objek yang telah dibuat oleh perserta sendiri di Microsoft Word.
Kelas yang belangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kg. Paya Jakas, selama 2 jam bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang ini dihadiri seramai 10 orang perserta. Mereka juga diajar bagaimana untuk memasukkan tulisan di atas imej tersebut. Program ini dapat membantu mereka menggunakan Micorosoft Word dengan lebih mahir dan cekap.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: