Kelas Asas Microsoft Word
08 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 7 Januari 2017 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Kg. Paya Jakas telah berlangsung Kelas Pengenalan Perisian Microsoft Word dengan dihadiri seramai 10 orang perserta. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti untuk mempelajari perisian Microsoft Word. Selain itu, ia juga bertujuan melatih komuniti untuk menaip dan mepelajari bagaimana cara untuk menggunakan perisian Microsoft Word.
Menerusi aktiviti ini, para perserta dapat mempelajari cara bagaimana untuk membuat dokumen seperti surat dan kerja kursus. Selain itu dengan adanya kelas asas Microsoft word ini dapat membantu perserta lebih celik IT dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: