Kelas Mengaji Online Kg Paya Jakas

3 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Februari 2021, bertempat di Kg Paya Jakas, telah berlangsung satu Kelas Mengaji Online yang dianjurkan oleh Pejabat KEMAS Daerah Segamat bertujuan untuk beberapa perkara iaitu memberi ilmu mengenai kalam Allah tentang cara bacaan Al-Quran yang betul, ilmu tajwid, ilmu fardu ain dan fardu kifayah kepada penduduk Kampung Paya Jakas.

Oleh kerana di Negeri Johor sekarang diadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi kelas mengaji ini diadakan secara online oleh guru yang bertauliyah di samping itu juga, kelas ini di pantau oleh pegawai dari Pejabat KEMAS Daerah Segamat.

Selain daripada itu, kelas mengaji ini khas buat kaum hawa penduduk Kampung Paya Jakas untuk mengikuti kelas mengaji Al-Quran ini.

Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali