E-Learning (Kelas ICT) – Quiz Online

18 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2021, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT dalam bentuk pembelajaran E-Learning iaitu Quiz Online. Kelas ini merupakan kelas ICT untuk pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Pelajar diajar tentang cara-cara untuk menggunakan ciri-ciri tambahan di dalam Quiz Online seperti cara memasukkan maklumat peribadi seperti email, nombor telefon, gambar, jadual, bentuk dan carta. Kelas ini telah dapat membantu mereka menjawab soalan Quiz dengan lebih mahir dan cekap. Pelajar juga berpeluang untuk bertanya dengan lebih terperinci mengenai perkara yang tidak diketahuinya kerana ingin menambah ilmu untuk kegunaan masa akan datang. Pihak pengurusan juga turut mengajar serba sedikit mengenai cara-cara mencari bahan rujukan pelajaran dengan menggunakan internet kepada pelajar berkenaan.

Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali