Taklimat eKelas Dan Yakult Di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas

13 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2020, bertempat di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas, telah berlangsung Taklimat eKelas Dan Yakult Di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas bertujuan untuk menggalakkan para pelajar tahun enam untuk bergiat aktif di dalam aktiviti dan program yang di anjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas.

Disamping itu juga, Pengurus Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas juga mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas yang dianjurkan oleh Maxis. Dengan adanya eKelas ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital. Di antara yang terlibat adalah pelajar sekolah, guru-guru, Pihak Yakult dan Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas. Taklimat ini berlangsung selama 4 jam bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali