eKelas Mini & Eksperimen Sains UPSR

10 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas tambahan eKelas anjuran Maxis diteruskan pada kali ini. Kelas ini dijalankan secara bergilir untuk pelajar Darjah 6 dengan setiap sesi dijalankan selama 1 jam. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Subjek yang diajar ialah subjek sains yang dikendalikan oleh guru online, menggunakan aplikasi zoom dan YouTube. Pelajar dapat belajar mengenai tentang dunia sains dan eksperiment dengan lebih teliti dan senang untuk difahami kerana tenaga pengajar yang bijak dalam menyampaikan ilmu.

eKelas ini juga bertujuan untuk menambah ilmu pembelajaran kepada pelajar agar dapat memperbaiki kelemahan dalam subjek yang disediakan sekaligus dapat belajar dalam keadaan selesa dan kondusif di Pusat Ekonomi Digital Kg Paya Jakas. Kelas ini dihadiri seramai 5 Orang pelajar darjah 6 dan berharap kelas seperti ini dapat diteruskan bagi memberi peluang kepada pelajar luar bandar mendapatkan kelas tambahan dalam talian (online) secara percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali